Berita

Kerajaan BN hanya tahu tabur janji pada rakyat Sabah – Dr. Hiew King Cheu

DONGONGAN, 6 SEPTEMBER: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.

Yang menjadi persoalan utama rakyat Sabah dalam sesi pendengaran aduan mereka ialah, mengapa masalah ini tidak selesai sedangkan Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu berkata, masalah ini membuktikan bahawa kerajaan BN negeri ini telah mengabaikan kepentingan dan keperluan rakyat Sabah

“BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan. Janji nak buat, nak baiki tapi bila nak tunaikan?”

“Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi apabila kita turun padang, keadaannya sangat menyedihkan.”

Beliau memberikan beberapa contoh dan bukti bergambar di beberapa kawasan hampir seluruh Sabah yang menyaksikan keadaan jalan tidak sempurna melalui tayangan slide.

Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.

Menyentuh isu jambatan di Pulau Bum-Bum, menurut Dr. Hiew yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Negeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau tersebut sepanjang 1.2 kilometer.

“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”

Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.

“Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN”

Selin isu jalan-jalan di luar Bandar. Dr Hiew turut berkongsi kisah menyanyat hati ketika melawat Keningau dalam program mencari orang miskin di kawasan kampung.

“Saya telah menemui seorang ibu beranak tiga. Rumahnya kecil, saya masuk dan saya cuma lihat sebuah periuk dan beberapa bungkus mee segera.”

Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.

“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”- Roketkini.com