Berita

BN ‘double standard’ selesai insiden Sang Saka Malaya dan pijak gambar Najib

KUCHING, 9 SEPTEMBER: DAP melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ‘double standard’ dan tidak berhemah kerajaan dalam tindakan mereka terhadap kes memijak gambar Najib dan mengibarkan bendera Sang Saka Merah semasa malam ambang merdeka bulan lalu.

Menyatakan bahawa beliau tidak berpihak kepada mana-mana pihak, Ketua Parlimen DAP Lim Kit siang berkata Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kelakuan yang sivil dan tertib di khalayak ramai.

“Apa yang telah mereka lakukan adalah suatu tindakan yang dikesali dan merupakan satu kesalahan”.

Berhubung dengan isu tersebut, beliau turut mempersoalkan tindakan polis menggari Ong Sin Yin, 19 sedangkan gadis tersebut sendiri yang menyerah diri ke balai polis.

“Perlukah Ong digari seakan seorang yang merbahaya?

“Akan tetapi, adakah wajar tindakan pihak polis untuk menyifatkan beliau sebagai penjenayah yang perlu digari dan pada masa yang sama VIP BN termasuklah Menteri dan bekas Menteri diberi layanan ‘istimewa’ walaupun dituduh dengan dakwaan jenayah terhadap rakyat dan negera?

Menjelaskan perkara ini, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor mahu Menteri Dalam negeri Hishamuddin Hussein konsisten bahawa tindakan yang sama akan diambil terhadap mana-mana pihak yang telah melanggar dasar moral dengan menghina dan memalukan Anwar, Lim Guan Eng, Nik Aziz atau Ambiga seperti kencing di gambar, membaling kasut, menayangkan punggung dan sebagainya.

“Walaubagaimanapun, dalam kes ini kerajaan seakan-akan tidak berminat mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan tersebut.

Dalam ucapannya, beliau memohon Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memaafkan kedua-dua anak muda yang berumur 19 tahun, Mohammad Ammar A Rahman dan Ong Sing Yee serta kedua-dua ibu bapa mereka dengan semangat berhemah dan supaya Peguam Negara menerima juga mohon maaf mereka.

“Saya juga terperanjat membaca laporan bahawa pihak polis telah menahan dua pemuda yang telah membentangkan bendera Sang Saka Malaya pada hari sebelum Merdeka walaupun telah menafikan apa-apa tuduhan untuk menggantikan bendera kebangsaan Jalur Gemilang tetapi sedang turut serta dalam satu memori sejarah.

“Pemberhentian Mohammad Ammar daripada pengajian kolejnya merupakan satu tindakan yang amat keras dan beliau mesti dibenarkan menyambung semula pengajiannya.” Tegas Kit Siang.

Menyifatkan BN bertindak dengan tidak bertanggungjawab, mereka telah mengeksploitasikan kedua-dua insiden ini dan melemparkan tuduhan palsu terhadap Pakatan Rakyat bahawa PR berhasrat untuk menukar bendera kebangsaan dan meminda Perlembagaan untuk memansuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan menubuhkan satu negara republik.

“Fitnah, tohmahan dan pembohongan seperti ini kian merebak dan menjadi penyumbang utama kepada ‘usaha’ untuk memecahbelahkan perpaduan serta pembangunan negara.

“Persoalannya adalah, siapakah dalang diantara pemimpin Barisan Nasional yang tidak patrioritik terhadap tanahairnya?” soalnya lagi.-Roketkini.com