Berita

Penduduk Merotai tagih janji BN

TAWAU, 24 SEPTEMBER: PPRT di Merotai yang masih belum menerima bekalan elektrik biarpun rumah mereka siap 8 tahun yang lalu.

Demikian  keluh seorang wakil penduduk Robert Penggai, 40, yang membuat aduan dalam sesi jelajah DAP Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, janji ADUN BN Merotai untuk memasang kemudahan elektrik masih belum tertunai sehingga kini.

“Tiang elektrik pun masih belum ada. Inikan pula meter elektrik. Disebabkan perkara ini, semua penduduk disitu tidak mendapat bekalan elektrik.”

Menurut Penggai, lain pula halnya dengan penduduk kampung, Bansa dan Gelau.

“Saudara Bansa adalah seorang duda mempunyai 3 org anak dan 2 daripadanya adalah OKU. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hidup sebagai seorang pekebun kecil tetapi kenapa beliau tidak layak mendapat rumah PPRT?”

Katanya lagi, perkara yang sama juga berlaku keatas saudara Gelau yang merupakan ayah kepada 5 orang anak.

“Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hidup sebagai seorang pekebun dan mengambil upah memandu lori. Nasib beliau sama seperti saudara Bansa, mereka tidak layak mendapat rumah PPRT.

“Mereka memang layak untuk dapat rumah PPRT tapi kenapa kerajaan tidak bagi?” soal Penggai.

Dalam masa yang sama, beliau turut membangkitkan isu rumah guru SMK Merotai yang terbiar dan tidak diselenggarakan sedangkan mereka difahamkan Kementerian Pelajaran telah memberikan peruntukan namun belum juga di laksanakan.

Ia termasuklah masalah bekalan air bersih walaupun paip telah siap dipasang namun belum dapat dibekalkan.

Jelas Penggai, “Mengikut janji, Ogos 2012 perkara ini (patut) selesai tetapi sekarang sudah September 2012. Penduduk yang ingin memasang meter air pula kena caj pemasangan yang tinggi manakala yang mampu terpaksa ditangguh dulu kerana menunggu pengguna yang lain atas alasan pemasangan meter lebih memudahkan petugas kerana meter berkembar yang dikongsi bersama.

“Tapi alasan sebenar adalah tekanan air yang rendah yang masih belum boleh menampung pengguna.” katanya. – Roketkini.com