Berita

Anak syarikat Sarawak patut dibubar jika gagal – Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR 16 OKTOBER: PPES Aqua (Santubong) Sdn. Bhd., Anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak telah merekodkan prestasi keseluruhan yang kurang memuaskan di samping kelemahan dalam urus tadbir korporat yang tidak dipatuhi.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga November 2011 mendapati secara keseluruhannya prestasi pengurusan PPES Aqua adalah kurang
memuaskan,” kata laporan Ketua Audit Negara.

PPES Aqua ditubuhkan pada 26 Mac 1986 mula beroperasi pada tahun 1993 dengan modal yang dibenarkan RM10 juta dan modal berbayar RM3.80 juta bagi menjalankan pembiakan ikan laut dan udang sebagai aktiviti utama mereka.

Malah, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa wujudnya kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pekeliling berkaitan syarikat kerajaan yang tidak dipatuhi.

Syarikat tersebut yang sepatutnya menjalankan pembiakan ikan laut dan udang ini telah melanggar perjanjian penyewaan kerana menyewakan kolam serta ladang syarikat kepada pihak swasta.

PPES Aqua tidak lagi menjalankan aktiviti berkaitan pembiakan ikan dan udang secara langsung sebaliknya menyewakan kolam serta ladang kepada syarikat swasta. Perjanjian penyewaan tidak dipatuhi.”

Diatas kelemahan anak syarikat subsidari Kerajaan Negeri Sarawak tersebut, Ketua Audit Negara telah mencadangkan agar PPES Aqua menyediakan perancangan strategik dan mengkaji semula objektif penubuhan serta hala tuju syarikat.

“Sekiranya objektif tidak tercapai adalah dicadangkan syarikat dibubarkan dan tanggungjawab penyewaan dan kutipan komisen diambil alih oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.” laporan tersebut. – Roketkini.com