Berita

Kongres DAP Kebangsaan akan diadakan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 8 NOVEMBER: Kongres DAP peringkat Kebangsaan ke-16 akan diadakan di Pulau Pinang pada 15 hingga 16 Disember 2012.

Kongres kali ini bakal disertai seramai 2,500 perwakilan dari seluruh negara yang akan memilih kepimpinan baru untuk menerajui parti bagi tempoh tiga tahun seterusnya.

Menurut Setiausaha Penganjur, Teresa Kok, seramai 103 calon yang layak akan bertanding. Pun begitu, mereka diberi masa sehingga 21 November ini untuk menggugurkan pencalonan.

“Pada 2 November lalu, proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sudah  diputuskan,

“Jawatankuasa Persediaan Kongres pula akan mengumumkan senarai akhir calon bagi pemilihan CEC dan maklumat lanjut pada akhir November ini.” ujar Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh.-roketkini