Berita

Teresa lancar podcast perluas sebaran maklumat

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melancarkan podcast politik sebagai satu wadah untuk mengetengahkan pandangan beliau terhadap politik tanah air selain mengemaskini aktiviti masyarakat di kawasannya.

“Saya merancang untuk menerbitkan podcast secara tetap melalui blog dan facebook. Ia juga  boleh dimuat turun atau secara stream.

“Podcast pertama saya dilancarkan pada Hari Natal baru-baru ini dan akan diikuti pada hari sambutan tahun baru,” Kata Teresa.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, sebarang komen, maklum balas atau cadangan daripada umum amat dialu-alukan.

“Saya sangat teruja dengan kaedah ini agar segala mesej dapat disampaikan terus kepada masyarakat umum dan semoga ia dapat disebarkan dengan lebih meluas,” katanya.

Podcast beliau boleh dilawati di TeresaKok’s Podcast dan  TeresaKok Go!Go!Go!.Podbean – Roketkini.com