Berita

DAP, PR bukan cemburu, tapi Najib tertipu, mudah percaya desas-desus

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak ada sebab bagi Pakatan Rakyat (PR) mahu ‘cemburu’ dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) menjemput bintang Gangnam Style Korea, PSY kerana PR tidak mempunyai wang berjuta ringgit untuk ditabur seperti dilakukan UMNO/BN.

Beliau berkata, PR bukan cemburu sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tertipu dan mudah percaya dengan desas-desus bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menjemput PSY ke majlis yang akan diadakan PR.

“Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya hingga sanggup menabur berjuta ringgit seperti dilakukan UMNO/BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai

“Tiada siapa patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa” terhadap PSY dan Gangnam Style, malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan PSY, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara global dalam semua bidang usaha selama 56 tahun selepas Merdeka,” katanya dalam kenyataan media Pengiraan Detik 61 Hari ke PRU-13, semalam.

Menurut Kit Siang, seandainya Malaysia hari ini membangun seiring dengan Korea Selatan sejak Merdeka pada 1957, dengan KDNK perkapita Korea Selatan meningkat 148.5 kali ganda daripada US$155 ke US$23,021; KDNK perkapita Malaysia pada 2012 sepatutnya turut meningkat sebanyak 148.5 kali ganda juga iaitu berbanding US$299 pada tahun 1960 kepada US$44,401 dan memintas Korea Selatan.

Dengan kadar pertumbuhan tersebut, menurut data International Monetary Fund (IMF), Malaysia dengan KDNK perkapita US$44,401 pada tahun 2012 akan menjadi negara 18 terkaya.

Dengan KDNK perkapita US$44,401 pada 2012, Malaysia bukan sahaja jauh mengatasi Korea Selatan yang cuma US$23,021, tetapi juga mengatasi Belgium, Jerman, Iceland,  Perancis, Brunei, United Kingdom, New Zealand dan  Hong Kong.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, beliau menerima e-mel panjang daripada seorang rakyat Malaysia yang geram meluahkan kekecewaannya terhadap peluang Malaysia yang terlepas dalam  era “lost decade”.

Beliau menulis: “Fast forward to the 2000s, a mere one generation or so and the difference is starling. Korea have well known multinational companies such as Hyundai Motor, Samsung Electronics, LG.

“Hyundai Motor started about 2-3 years earlier than Proton, and is now a world force in automobile with competitive models. Kia started much later than Proton. What has become of Proton?

“Korea economic model is conglomerate driven, supported by the government. Taiwan economical model is small and medium size industry, driven more by entrepreneurs on their own with limited support from the government.

“Now Taiwan is a leader in the electronic industry with well known names such as Acer, HTC, Taiwan Semiconductor, ViewSonic, and the world largest electronic contract manufacturer Foxconn and so forth.” – Roketkini.com