Rencana

Masa sesuai rakyat Johor tukar politik perkauman, rasuah dan salah guna kuasa Oleh Lim Kit Siang

HARI mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) hanya tinggal 13 hari lagi, dengan Johor menjadi tumpuan untuk perubahan politik di Malaysia dan membiarkan “Kepemimpinan Johor” menjadi slogan baru untuk semua dalam memperjuangkan masa depan politik baru untuk menukar politik lama berdasarkan perkauman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara besar-besaran.

Dalam tempoh 56 tahun lalu, Johor menjadi mundur sedangkan negeri lain, terutama Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor, berlaku perubahan besar politik yang tidak berlaku di Johor.

Bagaimanapun, kebelakangan ini perubahan ketara kelihatan di Johor setelah mula menjadi perhatian seluruh negara berikutan persaingan sengit antara pemimpin DAP paling berpengalaman, Lim Kit Siang menentang Menteri Besar Johor empat penggal, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon BN di Parlimen Gelang Patah..

Pertempuran Gelang Patah antara dua pemimpin terbabit juga dianggap permulaan kepada perubahan yang bakal berlaku di Johor dan Malaysia pada PRU-13, 5 Mei ini.

Mungkin ini pertama kali dalam sejarah 56 tahun politik negara, Johor akan mencipta sejarah berikutan perkembangan politik bahagian lain di Malaysia, rakyat Malaysia gembira dengan perkembangan di Gelang Patah dan Johor itu.

Sudah tiba masanya transformasi politik berlaku di Malaysia dengan Johor sebagai tumpuan utama yang belum pernah berlaku dalam tempoh 56 tahun Malaysia diperintah Barisan Nasional (BN).

Ini jelas daripada enam Perdana Menteri Malaysia sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman dari Kedah, Tun Razak (Pahang), Tun Hussein Onn (Johor), Tun Mahathir (Kedah), Tun Abdullah (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Najib Razak (Pahang).

Walaupun Tun Hussein adalah Perdana Menteri ketiga tetapi tempoh sebagai Perdana Menteri terlalu singkat kerana kesihatan yang tidak menentu untuk membolehkan beliau kekal lebih lama menerajui politik negara.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian calon Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, mengenai Tun Hussein yang begitu bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sehingga sanggup kehilangan kuasa politik dan jawatan Perdana Menteri kerana tidak mahu membiar atau bertolak ansur dengan rasuah. Sikap seperti itu tidak ada pada Perdana Menteri selepas dia yang membuat tuntutan yang sama.

Malah, Tun Hussein pernah menceritakan kepada saya selepas bersara sebagai Perdana Menteri kerana masalah kesihatan bahawa dia menyesal melantik Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri sekaligus memastikan Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat selepas dia.

Tetapi Tun Hussein Onn adalah sebahagian daripada sejarah yang lebih awal di bawah pimpinan ayahnya, Datuk Onn Jaafar, Presiden pengasas UMNO, yang membuat cadangan yang menakjubkan 62 tahun lalu bahawa UMNO harus membuka pintu kepada bukan Melayu dan UMNO perlu menukar namanya daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada United Malaya National Organisation.

Onn juga menentang perpecahan kaum dan berpuak-puak dengan berkata: “Jangan sesiapa menipu dirinya dengan menganggap perpaduan itu tidak penting dan tidak perlu atau kerajaan boleh menjadi sebuah institusi yang berkekalan tanpa perpaduan di Persekutuan. Kita mesti hidup bersama.”

Pada 27 Mei 1951, apabila Onn mencadangkan kepada UMNO bahawa bukan Melayu dibenarkan menjadi ahli UMNO, beliau berkata, UMNO ibarat satu pokok, orang Melayu sebagai batang, manakala orang Cina dan India adalah kulitnya.

Perlu diperhatikan bahawa seorang daripada mereka yang menentang dan mengkritik cadangan Onn ketika itu adalah Mahathir.

Tetapi Onn terlalu mendahului zamannya dan cadangan itu ditolak, dan dia selepas itu keluar daripada UMNO, bersama dengan Hussein, yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO, dan membentuk Parti Kemerdekaan Malaya untuk bekerjasama dengan orang Cina dan India.

Sejak kepimpinan Onn enam dekad lalu, Johor tidak pernah membawa dalam politik Malaysia dan kekal mundur dalam politik. Sekarang adalah masa sesuai untuk rakyat Johor mengambil jubah kepimpinan Onn Jaffar enam dekad lalu, untuk direalisasikan impian Onn kira-kira 60 tahun lalu adalah masa depan politik baru, yang inklusif di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah mempunyai tempat yang sah di Malaysia yang berbeza dengan politik lama “pecah dan perintah” mengikut kaum, berhadapan dengan rasuah berleluasa, kronisme, salah guna kuasa, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia.

Dalam politik baru untuk masa depan Malaysia, ia adalah suara patriotik sederhana yang berkuasa samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Dalam politik lama seperti yang diamalkan UMNO/BN, walaupun suara sederhana perlu menganggap pelampau dan nada tidak toleran.

Calon BN bagi Parlimen Gelang Patah, Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman adalah seorang lelaki Melayu klasik yang dihormati kerana pandangan yang sederhana dan rasional. Saya tidak mempunyai masalah untuk memberi kredit kepadanya untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada Johor dalam tempoh 18 tahun sebagai Menteri Besar.

Tetapi dalam dua pengumuman selepas hari penamaan calon Sabtu lalu, Ghani yang yang seperti bukan dirinya seperti dilaporkan Malaysiakini bertajuk: Ghani: Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin PM

Ghani yang bercakap seperti pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin seolah apa yang dia kata adalah bertentangan dengan imej beliau sebagai seorang pemimpin politik yang sederhana dan rasional.

Adakah ini harga pemimpin sederhana perlu membayar untuk tinggal dan hidup pada hari ini UMNO kerana pemimpin yang paling berkuasa bukan Najib Razak tetapi Mahathir.

Selepas laporan Malaysiakini semalam, saya bertanya kepada ribuan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum di Muar dan Gelang Patah pada ceramah berasingan malam tadi siapa yang mereka akan memilih, jika terpaksa memilih antara Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam di satu pihak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pihak yang lain.

Bagaimanapun sambutan orang ramai dengan laungan gemuruh, mutlak dan tidak berbelah bagi menyokong Abdul Hadi menjadi PM dan bukannya Najib, Muhyiddin atau Mahathir untuk menduduki di Sri Perdana.

Tetapi apa yang lebih menarik mengenai retorik Ghani adalah pengakuan beliau bahawa jika Gelang Patah jatuh, ia bermakna UMNO/Barisan Nasional juga jatuh di Putrajaya dan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, bukannya Abdul Hadi.

Pemimpin DAP mengisytiharkan banyak kali dalam forum awam bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan Persekutuan yang baru di Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri baru Malaysia.-Roketkini.com