Rencana

Belanjawan Responsif Gender di Pulau Pinang Oleh Aishah

PROJEK GRB sedang berusaha untuk membantu menjalin hubungan yang lebih rapat antara kerajaan tempatan dan rakyat. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa proses membuat keputusan dasar dan bajet adalah inklusif.

GRB adalah satu daripada projek di bawah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), sebuah pertubuhan yang dibiayai di bawah EXCO Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat. PWDC adalah agensi Pulau Pinang- negeri yang dibiayai sedang melaksanakan satu projek perintis GRB tiga tahun dengan kerjasama kedua-dua pihak berkuasa tempatan di negeri Pulau Pinang.

Bajet Responsif Gender (BRG) telah dilaksanakan sebagai inisiatif utama untuk membantu merealisasi mengarusperdanakan gender dalam perancangan dasar keseluruhan dan pelaksanaan kerajaan.

Projek GRB mengenalpasti isu gender di peringkat makro dengan pelaksanaan projek perintis di peringkat tempatan/ wilayah dan telah membantu mendalamkan pemahaman belanjawan ke atas wanita dan lelaki.

Beberapa inisiatif juga dijalankan untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang lain. Yang paling penting untuk persidangan ini adalah inisiatif mengambil kira keperluan kelompak berbeza. Mereka sendiri terbabit secara langsung dalam proses belanjawan dan membantu membuat keputusan mengenai bagaimana sumber boleh diperuntukkan mengikut keutamaan dan potensi mereka.

Justeru, satu persidangan anjuran PWDC, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang (MPPP dan MPSP) dan UN-Women telah berlangsung pada 24 dan 25 Februari 2014 di Hotel Bayview. Persidangan “Gender Responsive Budgeting Narratives: Transforming Institutions, Empowering Communities” ini dipengerusikan oleh Chow Kon Yeow dan turut membabitkan PWDC yang dipengerusikan oleh Chong Eng. Objektif persidangan ialah;

  • Mengenal pasti amalan GRB berhubung dasar fiskal dan belanjawan yang jitu.
  • Meneliti peranan pihak berkepentingan yang berbeza dalam melaksanakan GRB khususnya di peringkat tempatan dan negeri.
  • Berkongsi dan mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman GRB di Pulau Pinang.

Program yang berlangsung selama dua hari ini disertai panelis dan peserta dari banyak negara, antaranya Jerman, Austria, Portugal, Nepal, Filipina, Indonesia, India dan Korea.

Persidangan serantau ini turut dihadiri Roberta Clarke, Pengarah Serantau Asia & Pasifik UN-Women. Beliau bersama panelis lain menekankan perlunya memberi perhatian kepada kehidupan lelaki dan wanita yang berbeza dan instrumen kerajaan berperanan penting dalam membentuk dasar yang lebih inklusif. Ini adalah penting agar tiada jurang antara retorik perancangan dan praktis pelaksanaan GRB.

Yang menariknya, ketika sesi GRB: Critical Reflections – An Interactive Dialogue, panelis terdiri daripada Yamini Mishra, Pakar GRB UN Women, New Delhi India, Dr Sunny George, Professor Kerala Institute, Dr Elisabeth Klatzer, Project leader Gender Budgeting Uganda.

Yamini Mishra mengatakan bahawa setiap dasar yang dirangka hendaklah tidak menjarakkan jurang gender sedia ada atau mengukuhkan lagi stereotaip gender ke atas lelaki dan wanita. Hubungan antara lelaki dan wanita yang dipermasalahkan bukanlah berpusat pada perbezaan biologi tetapi hubungan kuasa dalam masyarakat.

Selain itu, berita baik yang dimaklumkan kepada semua hadirin pada hari pertama ialah penerimaan GRB sebagai satu daripada keperluan dalam pembentukan dasar kerajaan. Ini merupakan satu permulaan yang baik di peringkat persekutuan, selepas kerajaan negeri Pulau Pinang merintis projek ini bermula dengan sekumpulan penyelidik di KANITA, Pusat Pembangunan Wanita, dan kini projek 3 tahun di peringkat kerajaan tempatan.

Penetapan ini tentunya akan memberi kesan ke atas perancangan dan pelaksanaan kementerian lain secara lebih meluas, tidak lagi terhad kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Proses ini juga mendorong penyertaan rakyat dalam proses membuat keputusan. – Roketkini.com