Berita

Dakwaan ‘Onederful Malaysia’ menghasut: Teresa Kok mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan hasutan di bawah Akta Hasutan 1948, ekoran klip video satira ‘Onederful Malaysia’.

Pendakwaan tersebut dijalankan kira-kira dua bulan selepas bekas Pengerusi DAP mendiang Karpal Singh dijatuhkan hukuman bersalah atas kesalahan di bawah akta serupa.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu didakwa di bawah seksyen 4 (1)(c) Akta itu dan boleh dihukum dibawah seksyen 4(1) akta tersebut.

Peguam bela Dato’ Param Cumaraswamy menyifatkan dakwaan itu adalah satu penghinaan kepada rakyat yang bebas berfikir, apatah lagi ia hanyalah satira berhubung isu semasa negara.

Kes disebut di hadapan Hakim Norsharidah Awang yang menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan menjadualkan pengurusan kes pada 9 Jun, diikuti perbicaraan pada 2 hingga 5 September.

Berita penuh menyusul. – Roketkini.com