Berita

Dyana Sofya tekad runtuhkan tembok perkauman

TELUK INTAN, 17 MEI: Calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.

“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.

“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.

“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.

Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti. -Roketkini.com