Berita

Pulanglah mengundi, laksanakan hak dan tanggungjawab anda -Dyana Sofya

TELUK INTAN, 22 MEI: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menyeru pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan kenyataan bersifat rendah diri dari Datuk Mah Siew Keong.

“Di sini saya ingin menyeru pengundi Teluk Intan yang berada di luar kawasan untuk bali 31 Mei ini, bukan kerana kenyataan Mah tapi demi melaksanakan hak mereka.

“Dalam PRK ini, DAP adalah ‘underdog’ kerana Mah merupakan seorang yang berpengalaman, pernah menang di Teluk Intan dan juga bekas Timbalan Menteri.

“Sebab itu kita sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan undi daripada semua pengundi tanpa mengira bangsa,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Akhbar The Star hari ini melaporkan kenyataan Mah yang mendakwa kepulangan pengundi akan membawa menyukarkan beliau untuk memenangi Teluk Intan.

Mah juga menyatakan beliau sebagai calon ‘underdog’ dan meletakkan peluangnya untuk menang hanya 45:55. -Roketkini.com