GEORGE TOWN, 25 MEI: Keputusan tidak rasmi setakat jam 8.15 malam memberikan kemenangan bergaya kepada Ramkarpal Singh dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor.
Beliau yang bersama keluarga termasuk abang-abangnya Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo ADUN Datuk Keramat serta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyambut kemenangan tersebut di pusat operasi utama DAP di Green Lane.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ram menerima 41,236; manakala calon PCM Datuk Huan Cheng Guan menerima 3,507 undi.
Dua calon bebas yang lain, Mohamad Nabi Bux menerima 756 undi, manakala Abu Backer Sidek 218 undi; dengan jumlah undi rosak sebanyak 539.
Ketiga-tiga penentang Ramkarpal kecundang dan turut kehilangan wang deposit.
Peratusan mengundi pada PRK kali ini menurun kepada 56 peratus.
Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com