Berita

Ramkarpal letih, tetapi tetap bersemangat

GEORGE TOWN, 25 MEI: Calon DAP Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, tempoh 12 hari kempen ternyata memenatkan, namun beliau tetap bersemangat.

“(Hampir) Dua minggu kempen, saya sangat letih, sudah kurus sedikit. Tapi saya lihat kawan-kawan semua sentiasa beri sokongan,” katanya kepada hadirin pada ceramah penutup di Air Itam, di sini semalam.

‘Kawan-kawan’ adalah ungkapan yang sering digunakan bapanya, mendiang Karpal Singh kepada rakan seperjuangan dan penyokongnya.

“Saya bertuah dapat bertemu anda semua. Itu sahaja adalah satu kemenangan. Saya hanya boleh menyeru anda untuk keluar (mengundi) beramai-ramai esok,” sambungnya.

Beliau kemudian menggesa pengundi agar menjadikan PRK ini sebagai bantahan jelas kepada setiap salah laku BN, termasuk tindakan biadap Pemuda Umno baru-baru ini.

“Sudah berapa kali BN mungkir jani? Jawapan yang tepat tidak dapat dibilang. Namun lebih penting, ia tidak dapat dimaafkan.