Berita

PRK Bukit Gelugor: Suasana aman dan lancar

AIR ITAM, 25 MEI: Proses pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden diingini.

Di Sekolah Kebangsaan Air Itam, Pasukan Peronda Sukarela DAP mengawal kenderaan bagi melancarkan lalu-lintas dan membantu memimpin pengundi warga tua masuk ke pusat mengundi.

Bendera-bendera parti yang berkibar, walaupun jauh lebih kurang daripada PRK-PRK sebelum ini, tetap menghidupkan suasana.

Bendera DAP dikibarkan penyokong Pakatan Rakyat, termasuk daripada PAS dan PKR, manakala bendera Parti Cinta Malaysia dikibarkan ahli Umno, menurut seorang pengundi di sini.

Calon DAP Ramkarpal Singh dijangka melawat ke hampir semua pusat mengundi, manakala Ketua Menteri Lim Guan Eng akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Chung Hwa Confucian 3 petang nanti.