Berita

Adun DAP Bukit Assek meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Adun DAP Bukit Assek Wong Ho Leng telah meninggal dunia akibat barah pada jam 10.50 malam tadi.

Wong, 55, awal tahun lalu telah menjalani rawatan diagnosis kerana mengidap penyakit tumor otak.

Selain berkhidmat sebagai Adun Bukit Assek, beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi DAP Sarawak, Ketua Pembangkang DUN negeri dan Ahli Parlimen Sibu dari tahun 2010 hingga 2013.

Awal tahun ini, beliau menjalani rawatan di Singapura dan menerima rawatan paliatif di Pusat Perubatan Rejang, Sibu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam akaun Twitter beliau dan seluruh kepimpinan parti menyatakan kesedihan atas pemergian Ho Leng.

“All grieve at passing of ex Sibu MP Wong Ho Leng Swak Assemblyman Bukit Assek. Deepest condolences 2Irene n children.”

(Kami semua sedih atas pemergian bekas MP Sibu Wong Ho Leng, Adun Bukit Assek Sarawak. Takziah untuk Irene dan anak-anak)

Kehilangan ini merupakan yang ketiga untuk DAP selepas Pengerusi dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya pada 17 April lalu dan Ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng pula meninggal dunia akibat barah pada 1 Mei 2014. -Roketkini.com