Berita

Kenapa Liow elak cadangan PAC untuk audit MAHB?

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai terus mengelak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mahu Ketua Audit Negara mengaudit Malaysian Airlines Holdings Berhad (MAHB).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, rancangan kementerian yang mahu MAHB bekerjasama dengan PAC tidak bermakna, kerana laporan penemuan eleman salah urus MAHB telah dikeluarkan.

“Liow tidak menjawab isu bagaimana jawatankuasa bebas itu dikecilkan skop siasatan bahkan mengelak dari isu utama,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Liow dikritik kerana laporan dikeluarkan PAC berhubung kenaikan kos pembinaan KLIA2 dari RM1.7 bilion kepada 4 bilion ringgit disamping lokasi pembinaan  yang tidak sesuai.

PAC juga sebelum ini memberikan cadangan kepada menteri itu untuk mengambil khidmat Ketua Audit Negara untuk mengaudit pengurusan MAHB.

Namun malangnya kata Tony selain tidak menerima cadangan PAC, menteri itu pula cuba mengelak dengan mengatakan PAC salah faham terhadap jawatankuasa audit bebas,

Menurut Liow jawatankuasa bebas itu ditubuhkan sebelum laporan PAC dikeluarkan.

“Apakah Liow mahu menerima cadangan PAC untuk menyiasat MAHB, dan kementeriannya tidak ‘ada perkara’ yang hendak disembunyikan.

“Atau dia terus mengelak dan berdoa isu itu hilang sendiri (untuk) melindungi pihak berkepentingan yang terlibat dalam skandal RM4 bilion itu? soal Pua.- Roketkini.com