Berita

Kerajaan negeri akan audit Zakat Pulau Pinang (ZPP)

GEORGE TOWN, 5 JAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneliti dan merancang untuk melakukan audit keatas Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan.

Ujarnya, tindakan itu akan dibuat berikutan aduan pelbagai pihak, selain bagi memastikan urustadbir telus, cekap dan berhemah.

“Audit akan dijalankan dengan segera bagi memastikan urustadbir yang telus, cekap dan akauntabiliti dalam pengurusan zakat negeri,” kata Malik dalam.

Ujarnya, pihaknya sedang mendapatkan kerjasama daripada ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri.untuk menjalankan audit terhadap Zakat Pulau Pinang (ZPP).

“Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengambil tindakan selanjutnya setelah memperolehi laporan lengkap, termasuk mengadakan ‘audit forensik’ sekiranya perlu,” kata Malik yang juga ADUN Batu Maung. – Roketkini.com