Berita, Isu Semasa

PAS, Pakatan Rakyat bermasalah

SHAH ALAM, 3 JUN : Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, Pakatan Rakyat perlu mengakui bahawa hubungan antara parti dalam gabungan itu sedang bermasalah.

Bercakap kepada pemberita selepas Muktamar Pemuda PAS berakhir hari ini, Suhaizan berkata, kerenggangan berterusan antara parti politik dalam Pakatan Rakyat dibimbangi menghakis keyakinan rakyat.PAS-flags-general-shot1

“Dua persoalan timbul – untuk apa kita bertembung dan sampai bila kita nak bertembung. Rakyat mahukan kita bersatu.

“Saya nampak dua-dua pihak ada masalah. PAS dan Pakatan Rakyat. Jika berterusan ia akan membuka pekung,” katanya.

Menurut Suhaizan, ketika mengetuai sayap pemuda PAS itu beliau berasa amat penting untuk menjaga amanah rakyat dan memikirkan bagaimana Pakatan Rakyat boleh bekerja bersama.

Namun, katanya, pendekatan itu tidak popular di kalangan kebanyakan pemuda PAS yang mahu kaedah menyerang diambil.

Dalam pemilihan kali ini Suhaizan tewas kepada Nik Abduh Nik Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Gandingan proulama konservatif juga menyapu bersih kedudukan lain dalam pergerakan itu.

Suhaizan Kaiat yang baru sepenggal memimpin dewan itu.

Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Manakala jawatan Timbalan Ketua Pemuda dimenangi anak Presiden PAS, Khalil Abdul Hadi dengan 435 undi menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob hanya memenangi 257 undi.

Sementara itu Dewan Ulama PAS membuat keputusan sebulat suara memutuskan hubungan dengan DAP tetapi pada masa sama meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com