Berita, Isu Semasa

BTN memang sah alat propaganda kerajaan

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengutuk tindakan kerajaan menggunakan Biro Tata Negara (BTN) untuk menyebar fitnah memburukkan DAP.

Beliau berkata, segala tuduhan dalam slaid BTN – seperti niat merampas kuasa politik Melayu – jelas tidak benar dan sama sekali tidak berasas.

Katanya, perkara sedemikian tidak boleh berlaku atas pelbagai sebab.pix for wawancara zairil LUAR

Antaranya, kata Zairil, pola demografi Melayu yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia selain peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan orang Melayu.

“Semua dakwaan BTN adalah fitnah dan tohmahan yang langsung tidak berasas. Ia jelas bertujuan mengapi-apikan sentimen rakyat khususnya Melayu terhadap DAP.

“Sekiranya DAP mempunyai niat yang begitu buruk, sudah tentu kami tidak diterima pengundi yang berbilang kaum di Malaysia, apatah lagi tokok-tokoh Melayu hebat seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said baru menyertai parti tempoh hari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

pak_samad

Pak Samad, Perwira Ubah DAP

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu berkata demikian merujuk bahan propaganda yang mungkin  digunakan sebagai sebahagian daripada kursus BTN.

Ia dimuat naik di laman web BTN sebelum dipadamkan selepas menjadi perhatian ramai.

Dalam bahan berbentuk slaid tersebut, selain dituduh merangka strategi memecahkan masyarakat  Melayu, DAP juga dituduh sering menggunakan isu kaum dan agama khususnya bagi menguasai  pemikiran kawasan pedalaman Sabah serta Sarawak.

Malah, DAP didakwa terlibat dalam kempen mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan  Malaysia. – Roketkini.com