Berita, Isu Semasa

DAP untuk semua

KLUANG, 21 JUN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang amat mengalu-alukan kemasukan bekas Exco Pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali menyertai parti.

Beliau berkata, pintu DAP sentiasa terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

dap“Saya menerima dengan senang hati kemasukan Sheikh Omar menyertai DAP.

“Sama ada pemuda Melayu atau bukan Melayu tanpa mengira kaum, agama dan tempat, yang berkongsi prinsip bersama DAP dan objektif untuk mencapai Impian Malaysia.

“Di mana rakyat adalah buta warna dan seseorang itu tidak dinilai dari segi agama mahupun kaumnya tapi melalui kemanusiaan, menjadi rakyat Malaysia dulu manakala perkara seperti pertalian kaum, agama serta tempat kemudian,” katanya.

Penyertaan Sheikh yang juga penggerak Sekretariat Pakatan Rakyat malam tadi menjadikan dalam masa dua minggu berturut-turut tokoh Melayu ke dalam parti itu.

Sheikh sebelum menjawat sebagai Pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, beliau merupakan aktivis mahasiswa dan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). – Roketkini.com