Berita

Tersisih dari terima BR1M, DAP Pahang ‘bantu’ orang Asli

MENTAKAB 25 DIS: Sekalipun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jauh dari penyelesaian kemelut ekonomi yang dibebani rakyat, ramai penduduk tempatan tersisih dari menerima bantuan berkenaan.

Sebaliknya, DAP Pahang tidak teragak-agak membantu semua lapisan rakyat termasuk orang Asli di kawasan pedalaman yang dinafi hak mereka sekalipun mereka dijanji sedemikian daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO BN.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah menganjurkan program yang digerakkan ahli DAP, Rusman Abu di Kampung Lubuk Perah, Bera dekat sini dan kampung di sekitarnya untuk memberi penerangan.

Beliau berkata, mereka dibimbing untuk mengisi borang permohonan baru BR1M dan mengemaskini permohonan lama, diikuti sesi penerangan dan soal jawab mengenai hak orang Asli.

bIMG-20151223-WA0021“Matlamat program pada 19 Disember lalu ialah bertujuan memberi kesedaran kepada orang Asli mengenai hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia termasuk pemberian BR1M,” katanya kepada RoketKini.

Kira kira 100 orang Asli dari suku Semalai dari Kampung Lubuk Perah dan kampung berdekatan hadir program berkenaan.

Selain itu, Tengku Zulpuri berkata, DAP Pahang akan menubuh satu cawangan orang Asli di Kampung Lubuk Perah dan ia akan dijadikan anak angkat kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab.

“Ini bagi mengalakkan lebih ramai orang Asli mengenali DAP, seterusnya menyertai parti berbilang kaum bangsa itu,” katanya.