Berita

Jangan biar BN zalimi rakyat, DAPSY ajak rakyat turun #shutdownsungaibesi

KUALA LUMPUR 30 DIS: DAPSY mengajak orang ramai demontrasi #shutdownsungaibesi bagi membuka mata kerajaan Perskutuan dalam memahami derita yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan harga pelbagai barangan.

Malah, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pandan, Mohd Firdaus Babh menyifatkan pengajuran itu bertepatan dalam usaha rakyat mendesak kerajaan UMNO BN supaya mendengar isi hati mereka.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak berdiam diri terhadap penindasan seumpama itu kerana ia dikhuatiri akan memberi ruang kepada pimpinan UMNO BN untuk bertindak lebih zalim.

“Jika tidak ramai yang turun ke demo itu, saya bimbang kerajaan akan terus-menerus melakukan dasar dan keputusan yang tidak memihak kepada rakyat,” katanya kepada Roketkini, hari ini.

shutCXdbhCcUAAEYeE7Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Shakir Ameer pula menjangka 2016 bakal menjadi tahun yang sukar berikutan ‘kesan domino’ yang dirasai rakyat jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol.

“Jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol ketika harga minyak dunia turun, rakyat bakal terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan berikutan pertambahan kos pengangkutan,” katanya.

Menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi yang menyalahkan pemimpin terdahulu dalam isu kenaikan kadar tol, beliau berkata kerajaan perlu campur tangan perjanjian konsesi tol yang terlibat.

“Zahid tidak patut berkata begitu. Sebelum inipun UMNO jugalah yang memerintah, jadi UMNO bertanggungjawab dalam kenaikan kadar tol. Tidak kira siapapun Perdana Menteri,” katanya.