Berita

Amanah beri saingan sengit, namun pertandingan tiga penjuru merugikan

SUNGAI BESAR, 18 JUN: Meski Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan parti baru yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil kali ini, ia sebenarnya sudah menunjukkan prestasi yang baik, malah berjaya mengatasi PAS dalam satu kawasan yang dipertandingkan.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PRK P093 Sungai Besar, Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur berjaya memperoleh 7,609 undi, diikuti calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dengan 6,902 undi.

Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi yang disandang BN itu dengan 16,800 undi, sekaligus meraih 9,191 majoriti undi.

Bagaimanapun, di P067 Kuala Kangsar, Calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang memperoleh 4,883 undi hampir mengatasi calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684).

Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid memperolehi 12,653 undi dan menang dengan majoriti 6,969 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 54 undi.

PRK Kuala Kangsar mencatatkan peratusan keluar mengundi hanya 71.4 peratus berbanding 84.3 peratus semasa PRU13.

Sementara itu, Azhar dalam sidang medianya sebentar tadi mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bertungkus lumus menjalankan kempen bersama dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com