Berita

Suruh rakyat pandu Uber bukti BN tidak peduli masalah pekerja muda

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Tindakan kerajaan menggalakkan golongan berpendapatan bawah RM3,900 untuk menjadi pemandu perkhidmatan Uber menunjukkan kerajaan BN benar-benar ketandusan idea membantu golongan tersebut.

Tindakan itu kata Setiausaha Sosialis Muda (DAPSY ) Sabah Phoong Jin Zhe memberikan isyarat bahawa kerajaan cuba untuk lari daripada tanggungjawab mereka membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

14444967_10154442481956280_1399816853053444396_o-1

“Saya risau kerana melihat tidak ada dasar yang konstruktif diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh golongan pekerja khususnya golongan muda yang berpendapatan bawah RM3,900,” kata Jin Zhe.

“Saya risau kerana melihat tidak ada dasar yang konstruktif diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh golongan pekerja khususnya golongan muda yang berpendapatan bawah RM3,900.

“Perdana Menteri pula kelihatan amat berbangga mengumumkan golongan itu digalakkan menjadi pemandu Uber,” katanya menyifatkan cadangan Najib itu sebagai tidak boleh diterima dan mengarut.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Sabah berkata, selain itu dasar untuk memudahkan golongan muda membeli rumah dan memulakan perniagaan juga mungkin sukar mencapai sasaran.

Ini kerana terlalu ramai golongan itu masih tidak mempunyai kelayakan untuk menikmatinya.

“Merujuk kepada statistik, di Sabah sahaja dianggarkan 80 peratus golongan pekerja muda memperoleh gaji kurang RM2,000 sebulan.

“Merujuk kepada majalah Sabah Industry Quaterly, bagi Kota Kinabalu, lebih dua pertiga golongan itu mendapat gaji bulanan kurang daripada RM3,000,” jelasnya.

Kerajaan justeru disaran untuk menyemak dan membetulkan semula dasar-dasar ekonomi mereka tanpa bersikap lepas tangan seperti yang ditunjukkan Najib semalam khususnya bagi golongan pekerja muda.

“Apa yang lebih buruk, tanpa dasar yang baik, penghapusan subsidi minyak masak yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan, peningkatan kos sara hidup, gaji yang tidak bertambah ditambah dengan cukai GST, golongan muda akan bertambah susah pada 2017,” katanya lagi. – Roketkini.com