Berita

Baju Merah tak perlu risau ‘lapar’, banyak gerai jual makanan – Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Peserta gerombolan Baju Merah yang lapar pada 19 November ini boleh mendapatkan makanan dan minuman yang banyak dijual gerai-gerai berdekatan.

Menurut Ahli Jawatankuasa BERSIH Hishamuddin Rais, berdasarkan pengalaman himpunan aman BERSIH 1,2,3 dan 4 yang lalu, penyokong Jamal tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Saya fikir jika penyokongnya (Jamal) lapar, ada banyak warung pada hari itu. Ini pengalaman BERSIH 1, 2, 3 dan 4.

“Tak ada masalah untuk dapatkan air, nasi kandar atau nasi bungkus,” kata beliau pada sidang media di pejabat Bersih hari ini.

Hisham berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos semalam.

Jamal dilaporkan berkata beliau tidak dapat memberi jaminan sebarang tindakan pengikutnya yang ‘lapar’ semasa menghadiri protes menentang BERSIH5 pada Sabtu ini kerana pihaknya tidak menyediakan makanan kepada pengikutnya. – Roketkini.com