Berita

Kemalangan ragut nyawa lapan remaja, DAP Johor rakam takziah

*kredit foto Facebook nescafeais.com

JOHOR BAHRU, 18 FEB: DAP Johor menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas berita kemalangan jalan raya melibatkan sekumpulan remaja berbasikal di sini, pagi tadi.

“Kami merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendesak agar siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan,” kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 3.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta Nissan Almera yang merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, dekat Johor Bahru.

Setakat ini, angka kematian dilaporkan mencecah lapan orang manakala lapan lagi cedera.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat dan menerima rawatan rapi, manakala pemandu kereta yang terlibat direman untuk soal siasat. – Roketkini.com