Berita

Aktivis Adam Adli bebas tuduhan Akta Hasutan

Aktivis Adam Adli hari ini dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan setelah berulang alik ke mahkamah sepanjang empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh berkata terdapat salah arahan oleh Mahkamah Sesyen yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Maka keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen tidak dapat dipertahankan,” katanya lapor Malaysiakini.

Dalam kemaskini status Facebook beberapa minit lalu, Adam mengucapkan penghargaan di atas sokongan yang telah diberikan.

“Alhamdulillah. Dibebaskan dari tuduhan bawah Akta Hasutan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama dari awal hingga ke pengakhiran. Tak ternilai jasa kalian”.

Adam sebelum ini didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) pada malam 13 Mei 2013

Pada 2014, Adam dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapi hukuman itu ditukar kepada denda RM5,000 selepas rayuan di Mahkamah Tinggi. – Roketkini.com

Kredit foto: FB Amirx Abd Hadi