Rencana

Pasca perhimpunan anti-ICERD, PAS menang besar, UMNO kalah besar

Yang menang besar dalam perhimpunan anti-ICERD di Kuala Lumpur tempoh hari lalu lalu ialah PAS, yang telah berjaya mengalihkan melalaikan orang ramai daripada hakikat bahawa presidennya Datuk Seri Hadi Awang telah membawa PAS dari kedudukannya sebagai sebuah parti nasional di bawah kepimpinan Fadzil Noor, menjadi suatu parti politik kedaerahan pada PRU ke-14.

Yang kalah besar dalam perhimpunan anti-ICERD pula adalah UMNO. Buat pertama kalinya dalam tempoh 72 tahun, presiden UMNO memainkan peranan sekunder kepada presiden PAS, dengan si presiden UMNO cuba menggoda PAS untuk bersatu, manakala PAS pula malu tapi mahu.

Cita-cita Hadi untuk PAS semakin melangit sebelum dan selepas PRU14.

Sebelum PRU14, Hadi mahu PAS memainkan peranan sebagai ‘king-maker’ dengan memenangi 40 kerusi parlimen, yang membolehkan beliau terus menyokong Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, tanpa menghiraukan peranan Najib mengheret negara menuju sebuah demokrasi pincang, sebuah kakistrokrasi, negara gagal dan sebuah kleptokrasi global.

Sekarang Hadi tidak boleh berpuas hati menjadi ‘king-maker’ kepada UMNO untuk terus memerintah Malaysia, kerana beliau sendiri mahu menjadi perdana menteri dalam sebuah senario politik di mana UMNO lebih memerlukan PAS, berbanding keperluan PAS terhadap UMNO.

Hadi telah mengisytiharkan bahawa seluruh umat Islam mesti membantah ratifikasi ICERD, sambil mendakwa bahawa ICERD adalah ‘agenda Freemason’ yang berniat menjahanamkan agama, bangsa dan masyarakat. Tetapi sepatah pun tentang ‘agenda Freemason’ ini serta konspirasi antarabangsa terhadap Islam diucapkan di perhimpunan anti-ICERD tempoh hari.

Perhimpunan anti-ICERD sepatutnya telah melancarkan sebuah kempen global untuk menyelamatkan umat Islam seluruh dunia daripada konspirasi Freemason, memandangkan 99 peratus daripada 1.9 bilion umat Islam tinggal di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuklah 55 daripada 57 negara anggota OIC, seperti Arab Saudi, Indonesia, Turki, Qatar, Emirah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestin, Algeria, Maghribi, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.

Adakah Malaysia akan menjadi penyelamat umat Islam sedunia, termasuk umat Islam di ibu kota Islam di Arab Saudi, atau adakah Malaysia telah menjadi bahan ketawa dunia, termasuk dunia Islam – kecuali Brunei, satu lagi negara umat Islam yang tidak meratifikasi ICERD?

Saya percaya majoriti rakyat Malaysia dari seluruh negara yang menghadiri perhimpunan anti-ICERD itu tidak menyedari bahawa ICERD adalah tidak anti-Melayu, anti-Islam atau anti-Raja Melayu, memandangkan 36 daripada 38 negara dengan sistem monarki telah meratifikasi ICERD sejak setengah abad lalu.

Jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara kelas tinggi, tidak boleh ada ruang untuk politik pembohongan, kebencian, ketakutan, serta politik agama dan perkauman sempit.

Mari kita belajar dari UAE, yang telah memperkenalkan program toleransi kebangsaan pada 2016, bersekali dengan pelantikan seorang menteri toleransi, yang menggarisbawahi komitment UAE untuk membasmi ketaksuban ideologi, budaya dan agama dalam masyarakat.

Di bawah program toleransi kebangsaan UAE, terdapat undang-undang anti-ucapan kebencian yang menjenayahkan sebarang tindakan yang meniup api kebencian agama, atau menghina agama melalui sebarang bentuk ekspresi, tidak kira ucapan, tulisan, buku, risalah atau secara atas-talian.

Sebagai pelaksanaan praktikal bagi prinsip toleransi ini, Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammad bin Zayed Al Nahyan telah mengarahkan supaya masjid Sheikh Mohammad bin Zayed Mosque di Al Mushrif, Abu Dhabi dinamakan semula sebagai masjid ‘Mariam, Umm Eisa’.

*Kenyataan media Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin 10 Disember 2018.