Berita

Fitnah baju komunis, Chin Tong heret Azwanddin ke mahkamah

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong memfailkan saman terhadap Pengerusi Jaringan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berhubung dua kenyataan fitnah.

Azwanddin menerusi hantaran Facebook pada 30 Oktober lalu menuduh Chin Tong memakai pakaian seragam komunis.

(BACA PENJELASAN DI SINI: https://www.roketkini.com/2018/10/31/baju-komunis-chin-tong-kementerian-beri-penjelasan-jawab-fitnah-netizen/)

Beliau turut membuat kenyataan fitnah terhadap senator tersebut menerusi artikel bertajuk “Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman” yang diterbitkan di laman web JMM pada 19 November lalu.

“Saman berkenaan difailkan bagi pihak Chin Tong oleh Messrs Karpal Singh & Co pada 27.12.2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 29.1.2019.

“Dalam saman berkenaan, Liew menuntut daripada Azwanddin, antara lain, ganti rungi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta injuksi untuk menghalang pihak defenden daripada menyiarkan semula artikel berkenaan,” katanya peguam yang mewakili Chin Tong, Ramkarpal Singh dalam kenyataan hari ini.

Azwanddin direman selama empat hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pada perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang Selasa lepas, Azwanddin dalam ucapannya mengeluarkan kenyataan provokasi antara lain mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap. – Roketkini.com