Berita

Kementerian Kewangan lulus peruntukan tambahan RM25 juta untuk sekolah agama

Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Persendirian (SAP) yang berdaftar.

Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, ia adalah kali pertama peruntukan tambahan diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada dua jenis sekolah terbabit.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Kewangan, YB Lim Guan Eng khususnya, kerana meluluskan peruntukan tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian,” ujarnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa institusi SAR dan SAP tidak akan sekali-kali dipinggirkan.

“Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa institusi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian tidak akan sesekali terpisah daripada layar perubahan.

“Sekolah-sekolah yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan keutamaan selari dengan hala tuju pendidikan di era #MalaysiaBaharu iaitu peningkatan kualiti seluruh sistem,” tambahnya. – Roketkini.com

Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Kewangan, YB Lim Guan Eng khususnya, kerana meluluskan peruntukan tambahan…

Dr Maszlee Malikさんの投稿 2019年2月14日木曜日