Berita

MP DAP anjur program isi minyak percuma untuk penghantar makanan bermotorsikal sempena Ramadan

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng akan menganjurkan “Program Isi Petrol Percuma” kepada penghantar makanan bermotorsikal di Kuala Lumpur pada Ahad ini.

“Tujuan program isi petrol percuma ini adalah kerana saya menghargai kesungguhan para penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini,” kata Lip Eng dalam kenyataan, hari ini.

Semua penghantar makanan termasuk Dahmakan, Foodpanda, Grabfood, Honestbee dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang.

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka hingga penuh,” katanya yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan. – Roketkini.com