Uncategorized

PH perlu tumpu PRU-15

Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Harapan (PH) perlu menumpukan usaha kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan Anwar yang mengatakan PH perlu menumpukan usahanya kepada PRU-15 dan bukannya teralih perhatiannya kepada permainan angka untuk menentukan siapa yang mampu mendapatkan majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Lim Kit Siang

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa melawat Theatre Impian di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam, Anwar dilaporkan sebagai berkata yang PH perlu bergerak ke hadapan.

“Kita harus menumpu perhatian terus ke hadapan, mempersiapkan jentera kita untuk membawa idea-idea benas ke tengah rakyat, dan medan pertempuran di kalangan rakyat itu adalah medan PRU.

“Dan inilah yang menjadi, bagi kita fokus PH,” kata Anwar yang juga Pengerusi PH.

LIM KIT SIANG menunjukkan salah satu hasil seni yang dipamerkan di Theatre Impian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur –Foto: Hasful Zainuddin

Bermula semalam, sebuah galeri seni mempamerkan sorotan hidup, impian, aspirasi dan perjuangan Kit Siang dibuka kepada umum.

Galeri yang dibuka di Theatre Impian, Bukit Jalil itu mengumpulkan 100 hasil karya seni seperti catan, lukisan, kaligrafi dan seni saduran.

Ia adalah hasil 80 orang pengkarya tempatan bagi memaparkan perjuangan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sepanjang lebih daripada 55 tahun.

Lokasi pameran: Theatre Impian, C-03-03 Aurora Place, Jalan Persiaran Jalil 1, 57000 Kuala Lumpur

Google Maps – Theatre Impian

Baca kenyataan penuh Kit Siang di sini.