Berita

PH akan berjuang untuk masa depan Malaysia

Oleh B. Suffian

Pakatan Harapan (PH) akan berjuang untuk masa depan Malaysia pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini dengan:

  1. Dasar ekonomi yang menguntungkan rakyat dan bukan kroni.
  2. Tadbir urus baik yang mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan serta nilai-nilai inklusif.
  3. Kepelbagaian dan keadilan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendorong perpaduan.
  4. Integrasi nasional dengan Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, fokus PH adalah untuk mencipta dan menyelamatkan pekerjaan dan mencegah penutupan perniagaan semasa kemelesetan ekonomi ini.

“Bantuan one-off tidak dapat menyelamatkan ekonomi kita terutama sektor pelancongan yang lumpuh dengan kerugian RM100 bilion tahun lalu.

“Perlu ada siri bantuan berulang termasuk menghidupkan semula program MalaysiaKerja oleh PH untuk mewujudkan pekerjaan dengan memberi insentif upah RM500 setiap bulan kepada pekerja Malaysia.

“Dan memberi insentif pengambilan pekerja RM300 sebulan kepada majikan bagi jangka masa dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan semalam. – Roketkini.com