Kenyataan Akhbar

DAP kecam serangan Israel di Masjid al-Aqsa

Oleh Teo Nie Ching

(Setiausaha Antarabangsa DAP)

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam serangan anggota keselamatan Israel ke atas warga Palestin di Masjid al-Aqsa semalam. 

Menurut laporan, 178 orang warga Palestin telah cedera dalam serangan tersebut yang terjadi ketika jemaah mengerjakan solat terawih.  Juga menurut laporan, ramai para jemaah yang terperangkap akibat serangan tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Serangan terhadap rumah ibadat ialah perbuatan terrorisme dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri juga bakal menjelang. 

Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan.

DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut. – Roketkini.com