Uncategorized

Guan Eng diperkenan menghadap Agong petang ini

Oleh B. Suffian

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku ketua parti DAP telah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook. 

“Menjawab pertanyaan daripada pihak media, saya mengesahkan bahawa Guan Eng selaku ketua parti DAP telah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. 

“Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, hari Rabu (hari ini), 9 Jun 2021 di Istana Negara,” katanya di laman Facebook awal pagi ini. – Roketkini.com