Kenyataan Akhbar

PN perlu bertindak sekarang tangani krisis kesihatan, ekonomi dan politik 

Oleh Aziera NH 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa untuk bertindak sekarang menangani krisis tiga berganda Covid-19 iaitu krisis kesihatan awam, kemelesetan ekonomi, dan ketidakstabilan politiks negara. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menteri-menteri PN seharusnya bertanggungjawab bertindak segera dan tidak boleh menunggu tiga bulan, dua bulan atau bahkan hingga bulan September apabila lebih banyak nyawa dan mata pencarian akan hilang.

Oleh itu, Guan Eng telah mencadangkan lima perkara untuk dilakukan segera oleh Kerajaan PN: 

1- Membeli 11.2 juta dos vaksin dari Pharmaniaga

Pembelian 11.2 juta dos sekarang dapat memastikan bahawa Malaysia memiliki cukup vaksin untuk mengimunisasi seluruh 19 juta penduduk dewasa yang telah mendaftar, tanpa menunggu dua hingga tiga bulan lagi sehingga bekalan dihantar. 

2- Lakukan Operasi Lonjakan Strategi (OSC) di seluruh negara 

Kerajaan PN harus membuat perkara yang sama di seluruh negara seperti Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC) Lembah Klang di mana pada 3 Ogos, 97.8% penduduk dewasa telah menerima dos vaksin pertama. 

Sekiranya Kerajaan PN boleh melakukannya untuk Lembah Klang, mengapa tidak mengulanginya untuk seluruh negara? 

3- Suntik dana langsung RM45 bilion untuk:

  • Tingkatkan bantuan bulan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 termasuk penganggur
  • RM6 bilion insentif upah dan pengambilan pekerja bagi mewujudkan 300,000 pekerjaan baru
  • RM30 bilion dalam bentuk geran kewangan, insentif kewangan dan subsidi upah, sewa serta utiliti sebanyak bagi membantu perniagaan terutamanya industri pelancongan dan hospitaliti untuk terus hidup
  • RM4 bilion untuk sistem sokongan kesihatan, katil dan kemudahan hospital serta meningkatkan program vaksinasi

4- Arahkan bank untuk hapuskan faedah moratorium 

Memandangkan keuntungan yang sihat, industri perbankan perlu menawarkan tanggungjawab sosial korporat dengan berkongsi beban dengan peminjam dan diarahkan untuk memansuhkan faedah ke atas moratorium automatik pinjaman bank sehingga akhir tahun, kecuali untuk Kumpulan 10 Teratas. 

5- Lakukan usul undi percaya di Parlimen segera

Usul undi percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin yang perlu dilakukan segera dan tidak menunggu hingga bulan September. – Roketkini.com