Rencana

DAP Peduli: wakil rakyat DAP terus komited santuni rakyat

Oleh Aziera NH 

Sebagai sebuah parti politik yang prihatin dengan nasib rakyat, DAP sentiasa komited dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat perhatian sewajarnya. 

Menerusi gerak kerja wakil rakyat dan jentera parti, DAP proaktif menyantuni semua orang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. 

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching melalui Program Bakul Harapan Parlimen Kulai antaranya,  terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Walaupun Johor kini beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebanyakkan warga Kulai sudah kembali ke tempat kerja, usaha ini tetap diteruskan untuk memastikan tiada keluarga yang menghadapi masalah terputus bekalan makanan.

Nie Ching berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan dapur para penerima.

Di Damansara pula, ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin tidak ketinggalan dalam memastikan penduduk di kawasannya tidak terputus bekalan makanan. 

Edaran bantuan makanan di sekitar Kg. Kayu Ara telah dilakukan sepanjang bulan September lalu dan diharapkan bantuan ini dapat membantu dalam mengurangkan beban hidup mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Manakala di Pulau Pinang, ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo telah mengedarkan bantuan merangkumi bakul makanan, pelitup muka dan kit ujian kendiri Covid-19 kepada penduduk di sekitar Datok Keramat. 

Berbeza di Kepong, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah melawat Pusat Jagaan Orang Tua Lao Yin Kah pada Ahad lalu.

Menurut Lip Eng, pihak pusat jagaan telah meminta bantuan pihaknya untuk meneruskan aktiviti gunting rambut bulanan mereka. 

“Sebelum ini aktiviti ini terpaksa dihentikan buat seketika akibat PKP. Sekarang aktiviti ini boleh dilangsungkan semula, ramai pakcik dan makcik mahu menggunting rambut mereka yang sudah panjang,” katanya melalui satu hantaran Facebook.

Katanya, untuk pengetahuan semua, aktiviti ini dilakukan secara berkala dan kerja-kerja menggunting rambut mereka dibuat oleh penggaya rambut profesional dan para penggaya rambut juga adalah sebahagian daripada Ahli Wanita DAP Kepong.

Di Pahang pula, ADUN Ketari, Young Syefura Othman telah mengambil inisiatif untuk melakukan Program Fund Raising DAP Pahang bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Baru Karak. 

Melalui hantaran di Facebook, Syefura telah membuka satu tabung untuk mengumpul sumbangan yang bakal diserahkan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang melibatkan 48 buah rumah dan 8 buah rumah kedai yang telah musnah dijilat api. 

Menurutnya, dianggarkan kemusnahan sebanyak 95% dan meliputi 7000 meter persegi.

“Terima kasih kepada yang telah menyumbang kepada tabung kutipan ini. 

“Tabung ini masih lagi dibuka untuk kutipan dana sumbangan. Kepada mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan anda ke akaun yang tertera di dalam poster,” katanya. – Roketkini.com