Uncategorized

Mampukah KJ segera selamatkan negara dari peningkatan kes Covid-19?

oleh Ghafar NS

Semasa darurat melawan Covid-19 diisytiharkan pada 11 Januari 2021, jumlah kes ketika itu adalah 138,224 dengan 555 kematian akibat wabak ini.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang, ironinya jumlah kes terkumpul terkini Malaysia adalah sebanyak 2,401,866 kes dengan 28,062.

“Kegembiraan saya melihat penurunan seribu angka kes harian pada 16 Oktober(7,509 kes), 17 Oktober(6,145 kes) dan 18 Oktober(5,434 kes) jelas terlalu awal apabila negara mencatatkan peningkatan kepada 5,745 kes pada 19 Oktober 2021,” kata Veteran DAP itu.

Tambahnya, kemungkinan negara kita ini akan mengambil masa yang lama sebelum dapat menurunkan kadar kes baharu kepada julat tiga angka atau lebih rendah lagi.

“Kelihatan sukar untuk Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin untuk mencapai sasaran kes dan kematian terkumpul tidak melepasi 3 juta kes dan 30,000 kematian menjelang 100 hari pertama beliau pada 7 Disember.

“Setahun telah dibazirkan begitu sahaja dalam usaha negara memerangi wabak Covid-19 ini.” Katanya dalam satu kenyataan pada 20 Oktober 2021. – Roketkini.com