Berita

Guar Perahu kecoh, penyokong UMNO-BN langgar peraturan

Gambar: Suasana depan SMK Seberang Jaya

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Berlaku sedikit kekecohan tadi di Guar Perahu apabila penyokong UMNO-BN melanggar peraturan dengan berdiri terlalu hampir, kurang 50 meter daripada pusat pengundian.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai, namun malangnya petugas SPR seolah-olah tidak mengendahkannya, hingga menyebabkan pertikaman lidah dan nyaris insiden kekasaran berlaku.

Salah seorang daripada penyokong BN tersebut turut menjerit dengan kata-kata sebegini:-

“Apa kuasa kamu ada nak suruh kami beredar?, kata penyokong UMNO-BN.

Seorang penyokong PKR yang tidak tahan dengan perilaku bongkak penyokong BN itu lantas meluru kearah mereka.

Pegawai polis terpaksa campur tangan dan memisahkan kedua-dua penyokon PKR dan BN yang seramai lebih 100 orang itu.

Selepas lima minit perbincangan dengan polis, penyokong BN akhirnya bersetuju untuk besurai.

SMK Guar Perahu adalah salah satu daripada 25 pusat mengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Seramai 71,252 pengundi Permatang Pauh hari ini akan mengundi untuk menentukan siapa yang akan membawa suara mereka di Parlimen. – Roketkini.com