All posts in 'Berita' Subscribe

Berbilion ringgit diluluskan di Parlimen dalam masa dua jam

Masalah ekonomi negara tidak akan selesai dengan hanya dua jam perbahasan Dewan Rakyat bagi setiap portfolio kementerian kerana ia melibatkan peruntukan berbilion ringgit wang rakyat.

Bukit Kepong: UMNO cakap besar, tapak warisan sejarah terbiar

Walau pun kecoh dengan sejarah Bukit Kepong, UMNO dan Barisan Nasional tidak serius untuk menjaga tapak warisan sejarah yang menjadi medan pertempuran di antara gerila komunis dan polis Melayu yang berkhidmat dengan British di sini hampir 60 tahun lalu.

Pelaksanaan hak wanita di Pulau Pinang lebih baik sekarang

Sejak mendapat mandat rakyat Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan telah melantik dua wanita sebagai Yang Dipertua Majlis, iaitu Patahiyah Ismail untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Maimunah Mohd Sharif untuk Majlis Perbandaran Seberang Perai, kedua-duanya penghormatan untuk wanita buat kali pertama di negara ini.

Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.

UMNO kata benci komunis tapi jalin hubungan komunis China

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri telah menandatangani perjanjian atau memorandum kerjasama antara Parti Komunis China dan UMNO pada bulan Ogos, tahun 2010.

Ramai pemimpin akar umbi Melayu bakal sertai DAP

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata pengumuman mengenai penyertaan beberapa pakar akademik dan blogger akan dibuat tidak lama lagi.

Takziah buat keluarga Noramfaizul, sisatan perlu dedah kelemahan

DAP menegaskan bahawa pihak penganjur misi ke zon merbahaya seperti Somalia perlu mengambil serius segala protokol keselamatan terhadap anggota rombongan.

Salam Aidilfitri dari Roketkini

Roketkini mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga 1 Syawal 1432 Hijrah ini membawa harapan baru untuk kita semua.

Pakatan Rakyat berjiwa rakyat memartabatkan rakyat

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitri hari ini berkata harapan beliau untuk Malaysia adalah untuk melihat semua rakyat mendapat pembelaan yang wajar dan adil dari kerajaan.

Rais mesti minta maaf – RTM siar berita palsu, hasutan mengenai murtad

Berita yang disiarkan oleh TV1 pada jam 8 malam tadi telah mengaitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP, dengan sebuah laman Facebook yang dinamakan “Murtad in Malaysia & Singapore”.