All posts in 'Berita' Subscribe

MAIPP akan serah keputusan pemilihan masjid untuk perkenan Agong

Keputusan pemilihan jawatankuasa masjid seluruh Pulau Pinang akan dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk diperkenankan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Boleh percaya dengan jawatankuasa kabinet BN mengenai IPP?

Tidak ada sesiapa pun yang yakin dengan Jawatankuasa Khas Kabinet Barisan Nasional yang ditubuhkan untuk menilai subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga yang ditandatangani di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP).

Diskiminasi sekolah bantuan modal

DAP mahu kerajaan membiayai penuh semua sekolah Tamil di negara ini sebagai memenuhi janji 1Malaysia untuk berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.

Tiada tradisi intelek sebenar di Malaysia

Di Malaysia, hampir sudah tidak ada dialog dan wacana yang bernas dan munasabah, kecuali jerit-menjerit dan maki-hamun dalam menangani isu-isu semasa.

Demi politik, UMNO permainkan isu masjid

Pemilihan jawatankuasa 200 khariah masjid di Pulau Pinang bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.

Memoir terakhir lengkapkan trilogi buku Said Zahari hujung tahun ini

Khabar angin dan penantian trilogi terakhir memoir Tokoh Wartawan Said Zahari bakal terjawab seawal-awalnya hujung tahun ini.

Polis, SPRM perlu sahkan sama ada Sarbani kaya raya atau tidak

Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengesah atau menafikan pendedahan blogger Raja Petra Kamarudin yang mendakwa siasatan polis mendapati Timbalan Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohammad tidak mempunyai harta dan kemewahan luar biasa.

Bertaubatlah Mahathir, nasihat Karpal Singh

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebagai bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak patut campur tangan dalam soal Pakatan Rakyat dan perlu berusaha menjadi seorang negarawan.

Hanya RM30 untuk rawatan dialisis di Pulau Pinang

Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Chegubard kekal dengan PKR… buat masa ini

Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: “Belum tahu lagi”.