All posts in 'Rencana' Subscribe

Inteligensia Mendepani Perubahan Zaman – Haris Zuan

Beliau dikatakan membaca dan menghafal setiap helaian hampir 12,000 buah buku yang beliau baca – dari bidang musik, sejarah, sastera, geografi, sukan, politik dan lain-lain. Tanyalah apa soalan, beliau mampu menjawabnya. Adakah ini menjadikan beliau seorang inteligensia atau intelektual?

Eulogi Guan Eng untuk Karpal

Saya akan merindui keceriaan suara Karpal, sikap optimisme yang hadir daripada melakukan perkara yang betul dan semangat berlawan tanpa mengira betapa sukarnya halangan. Namun saya masih dapat mendengar suaranya – tidak tergugat dan berterus terang, dengan rasa kemanusiaan yang mendalam.

Riwayat seorang harimau (bahagian akhir) – Al-Mustaqeem M Radhi

Sampai di depan rumahnya di Jalan Utama, teksi itu berhenti dan memberi lampu isyarat untuk membelok memasuki laluan ke rumah Karpal. Tiba-tiba sebuah kereta menghentam teksi berkenaan dari belakang dan Karpal terpelanting dalam kereta.

Gobok Lama – Jangan Hina Kaum Ibu

Bila dikenang, kata-kata Tee Siew Kiong, EXCO Johor dari MCA tu, bukan setakat menghina kaum ibu, tetapi juga hina kaum bapa seperti kawan. Kenapalah dia masih beranggapan kaum wanita atau ibu hanya layak jaga anak di rumah. Ini pemikiran lapok.

Penghormatan buat Karpal Singh daripada St Xavier’s Institution oleh Dr Francis Loh Kok Wah

YB Karpal tak dapat disangkal adalah seorang tokoh yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Beliau digelar ‘Harimau Jelutong’, sejak beliau berulang-kali dipilih ke Parlimen, sebelum bertanding dan mewakili Bukit Gelugor – kedua-duanya kawasan dalam Pulau Pinang.

Mengikut jejak Sang Harimau Oleh Izmil Amri

Jarang sekali saya begitu terkesan dengan kematian. Kecuali dalam hal pemergian ahli keluarga terdekat, saya sukar merasa hiba. Maka rasa berat yang merundung rongga dada ini sejak lebih dua puluh empat jam lalu ibarat petanda bahawa ada ruang yang begitu besar, kelompangan yang begitu susah untuk diisi.

Riwayat seorang harimau (bahagian II) – Al-Mustaqeem M Radhi

Sebagai peguam yang membuatkan saksi-saksi menggigil sebelum sempat dia membuka mulut dan sebagai salah seorang ahli perundangan paling pintar dalam negara, Karpal rupa-rupanya telah menghabiskan masa yang lama untuk menamatkan pengajian.

Karpal sebagai bapa Oleh Azmi Sharom

Beliau memperjuangkan perkara-perkara yang amat penting bagi saya dan banyak rakyat Malaysia yang lain – kedaulatan undang-undang, semangat keperlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan sosial.

Pelajaran dari DUN Selangor untuk ADUN DAP Johor – Dyana Sofya

ADUN Pengaram Gan Pek Cheng mengakui persidangan DUN Selangor lebih demokratik kerana ia memberi lebih banyak ruang kepada pihak pembangkang untuk membentangkan dan membahaskan usul.

Nota hormat buat Karpal – Alan Ling

Saya telah melihat sendiri bagaimana beliau mencurahkan jiwa raganya kepada kerjayanya sebagai peguam. Saya amat kagum dengan beliau yang tidak pernah lemah semangat untuk berkhidmat kepada rakyat meski berdepan kendala terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.