All posts in 'Rencana' Subscribe

Melayu faham DAP satu rahmat untuk Malaysia Oleh Hafiz Zainuddin

Haji Azhari menyebut: “Yang ada di DAP hanyalah perjuangan. Kerja keras, bantu rakyat, itu saja. Kalau nak berniaga, nak harta, bukan di sini. Jadi tugas kita di DAP adalah untuk menjadi sebuah parti yang baik dan mempunyai idealisma yang baik…”

UMNO mahu Melayu jadi bacul; DAP mahu Melayu berani lawan, berani hidup! Oleh Hafiz Zainuddin

UMNO mengajar orang Melayu perlukan mereka untuk terus survive di bumi Malaysia. UMNO mengajar kalau mereka kalah dalam pilihan raya, orang Melayu akan hidup derita, sengsara, huru-hara dan melarat. UMNO mengajar Melayu perlu bersatu di bawah panji mereka demi mengekalkan pemerintahan BN di Malaysia, tanpa BN, orang Melayu katanya akan hilang kuasa dan kekayaan, orang Melayu diibarat akan lenyap ditelan zaman.

‘Pertempuran Gelang Patah’ bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi Lim Kit Siang, DAP atau Pakatan Rakyat.

Enam puluh dua tahun selepas seruan Datuk Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO menjadi United Malayans National Organisation, maka sangat sesuailah sekiranya panji-panji Impian Malaysia yang dijulang sekalian patriot Malaysia zaman berzaman diangkat semula demi meraih sokongan dan persetujuan daripada rakyat Gelang Patah, Johor dan seterusnya Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini.

Menilai semula ‘mitos syukur’ bersama Kasthuri Patto: “Syukur yang bagaimana?” Oleh Hafiz Zainuddin

Seruan agar bersyukur sering diselewengkan daripada maksud asal apabila ia dijadikan peluru politik demi melangsungkan kuasa pemerintah BN. Realitinya, pentadbiran BN ditempel penuh dengan lintah-lintah politik yang sedang menjahanamkan ekonomi negara dengan monopoli ekonomi dan budaya kronisma. Akhirnya, hasil titik peluh petani dan nelayan yang membanting tulang empat kerat mereka bagai tidak tersisa.

Ayam menang, kampung tergadai? Oleh: Uthaya Sankar SB

Keputusan HRP untuk bertanding menentang calon Pakatan Rakyat di lapan kerusi pada PRU-13 mungkin hanya membawa bencana lebih besar kepada kaum India yang konon mahu dibelanya. Penulsi berkongsi pandangan beberapa rakan.

POJOK: DAP naik kuda PAS, PAS naik kuda DAP, UMNO pula naik angin.

DAP sudah berbuih berikrar. Kalau PR menang besar, Melayu akan naik jadi Perdana Menteri. Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia keenam. DAP tidak bodoh. DAP sangat sedar, sangat sensitif, dan tahu bahawa umat Melayu adalah umat majoriti dalam negara ini. DAP juga bukan “parti Cina” dan orang Melayu memang dialu-alukan menyertai DAP. Apa ada hal!

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Kenapa bubar semalam?

Mungkin ada hantu yang ubah tarikh pada teleprompter untuk bergurau senda. Itu kita tidak tahu. Tapi kita boleh andaikan bahawa Najib Razak sebenarnya memang belum bersedia untuk melepaskan jawatannya. Sebab itu saya tanya, ‘kenapa semalam?

Sudah bubar. Sekarang apa? Oleh Izmil Amri

Barangkali pertama kali dalam sejarah pembubaran Parlimen begitu dinanti-nantikan, dan disambut dengan sorak sorai gembira. Demikianlah beratnya penantian yang ditanggung kebanyakan orang yang peduli dengan perkembangan politik tanah air. Terangkatnya beban penantian itu menandakan bermulalah perlawanan yang lebih ‘real’.

Kesian… DAP bukan ‘pak sanggup’, UMNO yang sakit!

Tahukah kalian, siapakah yang jual tanah Melayu kepada taukeh? Siapa yang hapuskan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat? Siapa yang buat stadium, lepas tu runtuh? Siapa yang kurangkan kuasa dan hina Raja? Siapa yang songlap tanah di Selangor? Siapa yang makan ‘balak’ di Sarawak? Siapa yang bunuh Melayu di Memali? Siapa yang sekat Kelantan untuk dapat peruntukan pusat? ……. DAP kah? Siapa pula DAP nak ada kuasa sebegitu dahsyat?

Salam mesra dari DAP Deklarasi Gelang Patah: Sebuah visi dan strategi pengupayaan komuniti India

Deklarasi Gelang Patah adalah iltizam DAP mewujudkan persekitaran yang mapan bagi komuniti India. DAP mengiktiraf sumbangan dan perjuangan komuniti India selama ini di Malaysia dan mahu mengesahkannya semula melalui deklarasi ini; bahawa di bawah kepimpinan DAP, hak yang wajar dan taraf hidup masyarakat India akan terjamin dan diangkat.