Rencana

Kesian… DAP bukan ‘pak sanggup’, UMNO yang sakit!

UMNO tuduh orang Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat bangsa. Tapi, bila dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak ramai orang Melayu yang menang, UMNO pula ‘hangin’ semacam. UMNO tuduh DAP parti Cina, tapi hakikatnya lebih ramai wakil rakyat India dalam Parlimen bahkan, Pengerusi DAP Kebangsaan sendiri seorang Singh. UMNO marah bila DAP dedahkan monopoli jutawan Melayu kroni mereka konon DAP ini anti Melayu maju, tapi bila mereka makan RM250 juta duit lembu, tak bising pun!

Inilah masalah UMNO yang tidak perasan bahawa mereka ada penyakit. Orang kampung kata sakit otak.

Ayuh kita lihat, ini cuma sekelumit ‘dosa-dosa’ UMNO yang boleh kita jadikan pedoman;

Tahukah kalian, siapakah yang jual tanah Melayu kepada taukeh? Siapa yang hapuskan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat? Siapa yang buat stadium, lepas tu runtuh? Siapa yang kurangkan kuasa dan hina Raja? Siapa yang songlap tanah di Selangor? Siapa yang makan ‘balak’ di Sarawak? Siapa yang bunuh Melayu di Memali? Siapa yang sekat Kelantan untuk dapat peruntukan pusat? ……. DAP kah? Siapa pula DAP nak ada kuasa sebegitu dahsyat?

UMNO perasan

UMNO cuma perasan merekalah pejuang dan wakil umat Melayu negara ini pada hal dalam Pilihan Raya Umum 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, UMNO cuma dapat kira-kira dua juta undi.

Tukang kempen UMNO tiada wibawa, cetek akal

Masuk bab kempen pula, tak salah kalau Cabai Burung kata tukang kempen UMNO ini cetek akal. Tak ada wibawa. Samalah juga dengan paper, tv dan radio yang ibarat dicucuk hidung. Mereka terlalu asyik dengan dakwaan itu dan ini, mereka asyik bikin fitnah sana-sini, bila mereka buat dakwaan, mereka tak kemukakan bukti, bila mereka bercakap, mereka tak berlapikkan fakta.

Tapi, bila PR ajak berhujah dibalingnya pula dengan batu, bila PR berikan fakta, dikatakan pula fakta tipu, peliknya, bila PR berjaya laksanakan dasar seperti di Pulau Pinang, mereka senang-senang tiru.

Makna kata, hampir semua yang PR buat serba tak kena. Yang PR kena cuma ‘kena’ fitnah sajalah. Perkara ini takkan selesai selagi UMNO-BN belum merasa jadi oposisi peringkat pusat.-Roketkini.com