Berita

Selepas tekanan hebat, Najib akhirnya ‘terpaksa’ bubar Parlimen

PUTRAJAYA, 3 APRIL: Setelah menerima kritikan dan tekanan kuat daripada segenap lapisan rakyat dan parti politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen bagi Dewan Rakyat yang ke-12 berkuatkuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Susulan pembubaran itu, kini tiba masanya, Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negara memohon perkenan raja dan sultan negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula supaya pilihan raya umum boleh diadakan serentak di seluruh negara.

Setelah pembubaran diumumkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh pengundian dalam tempoh 60 hari seperti mana ditetapkan undang-undang.

Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kali ini mencatatkan sejarah apabila buat pertama kali di Malaysia, pembubaran Parlimen dilakukan melebihi tempoh sah kerajaan yang memerintah iaitu lima tahun.

Pengumuman Najib itu menamatkan spekulasi PRU-13 yang dianggap ramai pihak sebagai pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara.-Roketkini.com