All posts in 'Rencana' Subscribe

Lima kesilapan Khairy Jamaluddin – Yeo Bee Yin

Beliau secara bijak telah memasukkan sebahagian fakta sambil secara bersahaja mengabaikan sebahagian fakta lain, mengakibatkan pembaca percaya bahawa kerajaan Selangor sahajalah yang mesti dipersalahkan berkaitan krisis air ini.

1 Mei milik kita bersama – Wan Hamidi Hamid

Gambaran sajak ini jelas walaupun dalam keheningan puitisnya; dapat dirasakan keperitan hidup sebagai buruh kasar yang jarang didendangkan di khalayak. Memang pedih dan sakit kehidupan sang pekerja buruh.

Pakatan Rakyat kena fokus masalah rakyat, bukan hudud – Gobok Lama

Akhir-akhir ni kawan tengok di dada-dada akhbar, siang dan malam main isu Hudud. Kawan boleh faham isu ini pada PAS sebagai sebahagian daripada ideologinya, tapi yang kawan nak cakap ni tentang rakyat yang tengah bergelut dengan masalah ekonomi, sistem urustadbir yang tak telus, korup dan suasana kehidupan yang tak menentu.

Belajar dari Jokowi – Muhammad Nazreen

Ada yang kita boleh pelajari dari Jokowi. Dalam arus politik Malaysia yang semakin buntu dengan kepimpinan yang murni, barangkali politikus harus segera belajar bagaimana Jokowi membina namanya sebagai pemimpin yang berkaliber.

Bahasa Terjajah – Edry Faizal

Yang membimbangkan, amalan-amalan kongkongan perlahan-lahan menjadi tembok penjara. Meringkuk di sebalik tirai besi adalah bahasa. Kerana dengan memenjara bahasa maka terperangkaplah penuturnya.

Surat terbuka untuk Barack Obama – Tony Pua

Tuan Presiden, dengan penuh hormat, kami tidak mengharapkan tuan untuk datang ke sini bagi memberitahu kami bahawa negara ini adalah contoh cemerlang bagi kesederhanaan, kerana perkara itu tidak benar.

Ingatan Buat Karpal Singh Dari Generasi Anak-Anak Kecil Malaysia – Ahmad Tajuddin Abdullah

Wajah sebenar sosok ini wajar diceritakan semula secara inklusif kepada generasi anak-anak kecil Malaysia. Mereka punya hak untuk mengenali dan belajar sesuatu dari sosok pemimpin yang teguh prinsip dan peribadinya.

PAS dan Hudud – Muhammad Nazreen

Sebagai parti politik yang berjiwa besar, PAS harus kembali bermuhasabah diri. PAS telah mengalami evolusi pemikiran yang panjang. Sepatutnya, PAS harus lebih matang dengan keadaan dan suasana politik mutakhir.

PAS perlu berundur dari Pakatan Rakyat jika tak mahu lagi berpegang kepada konsensus – Anthony Loke

Sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujuinya. Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

Apa mungkin jadi kepada Pakatan jika hudud jadi isu sewaktu PRU ke-13 – Lim Kit Siang

Kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001. BN kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan memenangi 91% kerusi parlimen dan 89% kerusi DUN di Semenanjung Malaysia.