“Saya minta KPN beri penjelasan kenapa gagal tahan Mashitah atas penipuan jahat beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO bahawa komuniti Cina di Kedah membakar Al-Quran dalam satu ritual agama,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan gagal bertindak secara adil apabila penahanan Eric dibuat, dalam masa sama membiarkan Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bebas.
Sudah dua kali Perdana Menteri berjanji untuk memansuhkannya, iaitu pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013. Maka adalah amat memeranjatkan apabila ia kini digunakan secara berleluasa sebagai ISA baru untuk menyekat dan menindas suara yang membantah.