Cara Pakatan Rakyat ada peluang lebih besar untuk berjaya kerana ia dapat sokongan semua kaum. Ia juga ada kelebihan apabila melihat kemiskinan sebagai masalah negara, tidak terhad kepada mana-mana kaum.
Tidak dapat kita bayangkan bagaimana bapa kepada satu keluarga tiga atau lima anak hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan hasil kerja memungut sawit atau pemandu lori.
Kesibukan berpolitik tidak menghalang para pemimpin DAP untuk melakukan kerja-kerja amal termasuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin, ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat besar, ia digelar insentif.