Kerajaan perlu mengambil langkah segera menangani masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) di kalangan anak muda kerana memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.
Kajian semula terhadap Dasar Sumber Manusia perlu kerana walaupun anak muda membentuk 62.8 peratus tenaga kerja negara, namun kadar pengangguran anak muda tinggi – di paras 10 peratus.
“Masalah ini memberi kesan sangat buruk kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti yang pernah berlaku di Russia, Thailand dan Amerika Syarikat pada tahun 1970an.”
Adakah APS yang ada memainkan peranan atau tanggunjawab dengan berkesan kerana statistik yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia itu tidak memberi gambaran baik berhubung APS.